Bola baling
Bola baling

Bola baling

Bola baling (juga dikenali sebagai bola baling berpasukan, bola baling Eropah atau bola baling Olimpik)[3] ialah sukan berpasukan di mana dua pasukan yang terdiri daripada tujuh pemain setiap pasukan (enam pemain gelanggang luar dan penjaga gawang) menghantar bola menggunakan tangan mereka dengan tujuan untuk membalingnya ke dalam gawang pasukan lain. Perlawanan yang piawai terdiri daripada dua masa 30 minit, dan pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol menang.

Bola baling

Pertama kali dimainkan 2 Disember 1917 di Berlin, Jerman.[1]
Pemain berdaftar > 27 juta (2016)[2]
Ahli pasukan 7 setiap sisi (termasuk penjaga gawang)
Peralatan Bola dan gawang
Contact Terhad
Sukan Olimpik Sebahagian program Sukan Olimpik Musim Panas pada 1936.
Ditunjukkan di Sukan Olimpik Musim Panas 1952.
Kembali ke program Sukan Olimpik Musim Panas pada 1972.
Jantina bercampur pertandingan berasingan
Highest Badan induk tertinggi IHF
World Games Bola baling pantai: 2001 – kini (sukan jemputan sebelum 2013)
Tempat Gelanggang tertutup
Jenis Sukan berpasukan, sukan bola

Berkaitan